2009-11-11

Mula

Petak satu di hadapan,
perlahan-lahan saya injakkan sebelah kaki tanpa berfikir panjang.

Dan selepas petak satu, kelihatan petak-petak lain yang masih belum saya ketahui isi dalamnya. Serentak, pelbagai telahan bermain di cepu kepala saya.
Mungkin-kah petak-petak itu membawa saya kepada harta berjuta?
Mungkin-kah petak-petak itu menjerumuskan saya ke suatu tragedi yang tragis?
Mungkin-kah petak-petak itu memberi laluan kepada sesuatu yang tak pernah saya duga?

Dan saya mula tercari-cari rentak langkah yang terbaik untuk menelusuri petak-petak yang terbentang menghadang jalan saya untuk sampai ke seberang sana.

Alang-alang sudah mula menginjakkan kaki,
semuga sahaja saya tidak tewas di pertengahan jalan.

Dan saya tahu saya tiada lagi peluang untuk berpatah balik.

Doakan.


..

8 orang dah tergoda:

Water Lily said...

Saya mahu melangkah bersama
.
.
.
.

Boleh? :D

ps: Adik khacak,sesakali kamu muncul ternyata tulisan kamu masih manis. :)

tasikmerah said...

teruskan melangkah. dan jangan sesekali takut jika tersungkur.







dan. aku. akan sentiasa berada di belakang kamu...

LuLLa said...

Saya pun nak melangkah bersama jugak.. :)

blackpurple @ jowopinter said...

Kau main petak-petak eh...

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

amin...

metafora abstaktik ke neh?

ke ko nak pegi main teng-teng? keh keh...

arsaili said...

salam..all d best ehehe

Suka Bebel said...

kau tengah main minesweeper ke nie?hehe gud luck!

kadok said...

semoga berjaya mendapat petak yang penuh kegembiraan..:)