2008-07-24

Milik


Saya sedang menumpukan sepenuh perhatian dan fokus terhadap buku ini, bagi melicinkan perancangan saya untuk mengurat gadis-gadis genit pada hujung minggu ini. Saya harus khatam buku ini dengan cepat, agar ramai gadis yang mahukan saya menjadi milik mereka. ha ha.
*
*
*
Ok, saya hanya berfantasi.
Dan,
saya tipu juga.
Saya tidak memiliki buku itu langsung, sekadar gambar hiasan sahaja.

ha ha.

Pagi tadi, saya menerima esemes dari rakan sepasukan sepakterajang yang sudah saya anggap seperti adik sendiri. Beliau mengesemes saya, memberitakan kisah tragis yang menimpa diri. Kekasih hati beliau yang tidak pernah saya jumpa dan kenal telah pun bertunang dengan wanita lain. Apatah lagi, percintaan ini merupakan percintaan beliau yang pertama setelah hidup selama lebih 20 tahun. Sungguh tragedi, bukan?

Apa-lah malang nasib beliau. Baru hendak cuba menghirup sari madu, tapi sayang sari madunya beracun. Saya cuba-cuba juga memberikan sepatah dua kata yang tidak menyinggung perasaan, sementelah saya sendiri tidak arif akan hal-hal sebegini dan kurang pandai pula bermanis kata. Maka, saya memutuskan untuk memberikan nasihat yang saya kira cukup simple untuk dihadam oleh akal yang waras.
"Dik, life is like a box of chocolates. U just don't know what u gonna get. Kalau pun coklat tu dah ada kat tangan ko, belum tentu ko dapat makan coklat tu."

Saya harap beliau faham apa yang saya cuba sampaikan, kerna sehingga entri ini ditulis, beliau masih tidak menjawab esemes saya. Sebagai penutup, saya menghantar satu lagi esemes kepada beliau.
"Jangan buat yang pelik2 dik. Tu je aku nak cakap. Aku chret kang!"

Dan saya sangat berharap beliau akan merasa gerun dan seriau dengan maksud esemes terakhir saya itu.

..

19 orang dah tergoda:

~Cinta Milo Ais~ said...

kalau kamu baca buku tu pun,peluang kamu untuk mengurat gadis2 genit amat tipis..dengarlah nasihat saya ni..baik kamu baca komik sin chan je muahaha

waterlily said...

Kasihan adik itu, putus chenta.

Soalan kefahaman:
Apakah perkataan sama erti dengan chret?

Alexi said...

huhuhuh...best laa ur trade bro...best ayat2 jer...aku pn xterpikir ayat mcm2 2

Yela 2 laa....dunia cinta,tp klau dh ngorat 20 thn tuu...mmg tragis laa...

Harap2 kawan bro 2 dpt bersama laa...mayb ader yg lebih suitable lagi 2

Nk tahu teknik2 ngorat...sng jer...hehehe...melepak kat mall...aku rasa laaa

IBU KUMBANG said...

KAlau tak de jodoh apa boleh buat, lebih baik carik lain hehehe

tasikmerah said...

kak lily,
chret dgn cirit sama tak?... errrkkk....! :p

kacak, kamu telah membuatkan aku terasa ingin makan coklat yg bentuk siput2 itu... ok.. aku nk pegi kedai sekarang... babai...

Great G.U.R.U BaniHassim said...

rajin ko mmbace ek???
ilmiah jgek la ko nih ek...
beside kacak buatan...Hahaha

huhu...btw, keep up the gud habit bro!

Rajuna said...

ala ala
cik seri siantan la pulak

:)

Kema said...

pesan kat adik manis tu... doa la banyak2 moga Allah tunjukkan kebaikan dari takdirNya itu :)

Si Kachak Suparjo said...

Milo,
Adekah tu bermakna aku kene bwat prangai sin chan ntuk mengorat awek2 genit?

Kak Lily
Ya, kasihan sm beliau.

Jawapan:
cHreT bersifat eksklusif, xde prkataan lain yang sinonim.

Alexi
Aisey! Aku xde duit kecik nak bg ko la, bro.
ha ha.

Lepak kat mall? Ape brg!

Ibu Kumbang
Ya ya. Takdir penentu segala.

Tasik Merah
eeeuuuuwwww.
Cekelat bntuk siput (babi)?
eeeuuwwwwww..

Great Teacher BaniHassim
Aisey che'gu. Mmg xde duit kecik nak bg kat che'gu la.

ha ha.

Rajuna
Mn ade mcm sri siantan. Ni mcm Dr Ismail Thamby la.

ha ha.

Kak Kema
InsyaAllah. Untuk akak gak.

he he.

t.a.t.a said...

kenapa kau menggunakan istilah coklat kat situ? mcm tak kena je dgn situasi tersebut. cuba tukar jadi makanan lain ke, mungkin juga akan kena dan sesuai. hahahah

Butterfly said...

kalau status mcm 'adik sendiri' tu ditukar ke 'awek sendiri', tak boleh ke? hehehe. dari susah2 ngorat org lain.. ngorat je la dia itu. =p

Si Kachak Suparjo said...

t.a.t.a
line tu aku amek dri cite Forrest Gump la. Bior la aku nak pilih cekelat pon, xde ape hal kan? Xkan la nak pilih kuih siput lak, lg mcm x kene.

butterfly
ngorat adik sndri? haih!
Klako ide ko!

kadok said...

tu bkn ayat dr cite "fores gam" kah? kalau x silap aku la...hahaha...selain sepakterajang..kamu bagus sekali menjadi prs..sungguh..

b u n g a h a t i said...

pinjam quote kejap ye.
khas tuk pemilik blog ini juga.. :)

"Daus, life is like a box of chocolates. U just don't know what u gonna get. Kalau pun coklat tu dah ada kat tangan ko, belum tentu ko dapat makan coklat tu."

Dayu said...

tak payah lah menuntut sampai gitu sekali..guna kan la segala pe yang dh mmg ada kat diri tu...

and on the 2nd issue..it hurt when someone who u love and might be trust done such a thing...

semoga dia akan tabah..alah, muda lagi kan,ramai lagi org dia akan jumpe..

mungkin kamu? si kacak yg sedang berusaha mengorat awek2 genit?

Alexi said...

muahahha...xper2,aku pn jarang lepak mall niee...just jln2 jer BRo...hihihi....ko post laa lagi pe2 yg menarik...exchange link..hihi

13may said...

aku nak chret gak, bleh???

hahha hahha haha

Si Kachak Suparjo said...

Ncik Dok
Bgos bang. Mmg aku kutip dr filim Forrest Gump pon. ha ha.

PRS=Perosak Rakan Sebaya?
ha ha.

Amoi
he he he.
Ko x give up lg eh?

dayu
ha ha ha.
Lg 1 ide yg klako. Bleh la aku try nnti.

cHreT!

Alex
ha ha.
Aku merepek pon ko kate best.

cHreT la bro. ha ha.

May13
Welcome 2 the club!

ChreT!

hahha hahha haha

t.a.t.a said...

haa sedap apa kuih siput tu? ada unsur ketimuran juga tau. ko nihh...